MyHibah – Perkhidmatan Hibah Hartanah, Harta Bercagar & Harta Alih/Tunai

Definasi Hibah

  • Pemberian harta milik seseorang kepada individu lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa balasan

Rukun Hibah

  • Penghibah – Individu beragama Islam yang berumur 18 tahun ke atas, waras dan mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya
  • Penerima Hibah – Individu beragama Islam atau bukan islam yang layak berdasarkan peruntukan hukum dan perundangan dan mampu menerima aset yang dihibahkan oleh Penghibah
  • Harta – Harta hibah hendaklah bebas dari sebarang sekatan dari segi perundangan dan harta boleh dipindahmilik
  • Sighah (Ijab & Qabul) – Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa maksud pemberian dan penerimaan hibah

MyHibah Hartanah

Aset hartanah atau perumahan yang menjadi hak milik penuh Pemberi Hibah dan akan dilaksanakan dan ditukar milik kepada Penerima Hibah

MyHibah Harta Bercagar

Aset Hartanah atau perumahan yang masih dalam cagaran atau masih ada hutang dan/atau surat ikatan penyerahan hak pelepasan akan dibuat selepas kematian Pemberi Hibah melalui pelindungan takaful seperti MRTT/MRTA atau lain-lain

MyHibah Harta Alih/Tunai

Harta boleh diubah / dialihkan seperti duit simpanan, saham-saham & harta alih yang tiada susut nilai

MyHibah – Hibah Hartanah

Kelebihan Hibah Hartanah

  • Aset tidak diklasifikasikan sebagai harta pusaka apabila berlaku kematian
  • Pemilik hartanah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap harta tersebut semasa hidup
  • Dapat memberikan harta kepada orang yang tersayang
  • Penerima hibah tidak tertakluk kepada waris sahaja dan boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki

Syarat-syarat Hibah Hartanah

  • Hartanah tersebut adalah milik penuh penghibah
  • Hartanah memiliki dokumentasi yang lengkap seperti surat hakmilik, geran atau strata individu
  • Hartanah tidak bercagar, tiada hutang atau liabiliti
  • Hartanah terletak di Semenanjung Malaysia sahaja
  • Hartanah merupakan rumah, bangunan kedai, tanah pertanian atau tanah lot
  • Tertakluk kepada undang-undang Malaysia

Kategori Hibah Hartanah

1. Boleh Dibatalkan

  • Hibah kepada Anak Kandung
  • Hibah kepada Cucu

2. TIDAK Boleh Dibatalkan

  • Hibah kepada Anak Angkat
  • Hibah kepada Suami/Isteri
  • Hibah kepada Ibu/Bapa
  • Hibah kepada Saudara
  • Hibah kepada Kawan
  • Hibah kepada Ahli Keluarga
  • Hibah kepada Bukan Islam
  • Hibah kepada Badan Amal

MyHibah – Hibah Hartanah Bercagar
(Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank)

Kelebihan Hibah Hartanah Bercagar

  • Aset tidak diklasifikasikan sebagai harta pusaka apabila berlaku kematian
  • Pemilik hartanah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap harta tersebut semasa hidup
  • Penerima hibah tidak tertakluk kepada waris sahaja dan boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki

Syarat-Syarat Hibah Hartanah Bercagar

  • Pinjaman rumah mesti dilindungi oleh Takaful/Insurans sepenuhnya contohnya MRTA/MRTT atau MTLA/MLTT
  • Pemberi hibah mestilah salah seorang atau semua aset tersebut yang mempunyai perlindungan Takaful/Insurans
  • Perlu dihibahkan semua bahagian harta tersebut seperti yang ditetapkan

MyHibah – Hibah Harta Alih / Tunai

Syarat-syarat Hibah Harta Alih

  • Mengikut terma & syarat jenis harta tersebut
  • Mesti dihibahkan keseluruhan harta (100%)
  • Tidak muflis
  • Tertakluk kepada terma dan syarat surat ikatan Hibah/Amanah & Surat Kuasa Wakil (pilihan)

Harta Alih Yang Boleh Dihibahkan

  • Akaun Simpanan Bank
  • Pelaburan Unit Amanah
  • Akaun Amanah Saham
  • Saham Syarikat
  • Akaun Saham – Central Depository System (CDS)
  • Akaun Simpanan Emas
  • Akaun Tabung Haji

Soalan Lazim Hibah Hartanah

Bagaimana jika Penerima Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Penghibah?

Perlaksanaan yang digunapakai adalah adalah Hibah Ruqba yang mana jika Penerima Hibah meninggal dunia terlebih dahulu harta hibah akan kembali kepada Penghibah.

Bolehkah harta dihibahkan kepada Penerima Hibah di bawah umur 18 tahun ?

Boleh. Lantik pemegang amanah/wali mal sehingga anak berumur 18 tahun.

Adakah Tanah Rezab Melayu boleh dihibahkan ?

Ya, boleh, tanah Rezab Melayu boleh dihibahkan, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan undang-undang negeri.
Tanah Rezab Melayu hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu (atau Bumiputera, bergantung kepada negeri).
Oleh itu, pemberi dan penerima hibah mestilah orang Melayu (beragama Islam atau seperti ditakrifkan dalam undang-undang negeri berkenaan). Undang-undang tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Bolehkah hibah tanah pertanian kurang satu (1) ekar?

Boleh, tetapi mesti kepada seorang saja dan nama mesti ada dalam geran.

Adakah boleh hibahkan tanah kepada isteri warga asing?

Bergantung kepada jenis sekatan tanah dan undang-undang tanah kerajaan negeri. Jika tanah Rezab Melayu atau tanah bumiputera, tidak boleh dihibahkan kepada warga asing. Pemilikan tanah untuk warga asing juga tertakluk kerajaan negeri masing.

Adakah tanah FELDA boleh dihibahkan?

Tanah FELDA tertakluk kepada Akta GSA 2003 iaitu Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Areas) 1960 (Akta 530), yang telah dipinda dan diperkukuhkan pada tahun 2003. Ia adalah undang-undang utama yang mengawal tanah-tanah rancangan Felda dan berkait rapat dengan penempatan peneroka di kawasan tersebut.
Tanah peneroka diberi di bawah syarat khas – tidak boleh dipindah milik sewenang-wenangnya. Peneroka tidak boleh jual, pindah, gadai, atau tukar nama hak milik tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Semua urusan tanah dan pembangunan dikawal oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan PBN.
Harta tanah GSA tidak boleh dihibahkan atau diwasiatkan secara bebas. Pihak MyAngkasa Amanah Berhad akan membuat permohonan untuk kelulusan terlebih dahulu sebelum boleh dihibahkan.

Shopping Cart